Friday 10 July 2009

Satelit


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal satelit. Satelit bumi yang pertama di Malaysia mula digunakan pada bulan April 1970. Satelit ini terletak di Kuatan, Pahang. Satelit ini memboleh rakyat Malaysia membuat panggilan ke seberang laut. Buat kali pertama, rakyat Malaysia dapat memyaksikan secara langsung acara-acara seperti pertandingan badminton Piala Thomas dan bola sepak Piala Dunia melalui salelit ini. Measat pula merupakan satelit Negara kita yang telah dilancarkan pada bulan Januari 1996. Measat 1 telah dilancarkan pada bulan Januari 1996. Measat 2 pula telah dilancarkan pada bulan November 1996. Pelancaran satelit ini telah disaksikan oleh rakyat Malaysia melalui televisyen. Measat 1 dan Measat 2 dicipta khusus untuk menyediakan perkhidmatan siaran dan perhubungan. Measat 2 mempunyai liputan satelit yang lebih meluas sehingga ke timur Australia dan Hawaii. Satelit mikro yang pertama di Malaysia dibina oleh sekumpulan enam orang jurutera dan dua orang pensyarah. Pembinaannya diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zainal Abidin Abdul Rashid dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Satelit ini dibina pada bulan Julai 1997. Satelit ini dinamakan TiungSAT-1. Ok saya nak berehat dahulu.


No comments:

Post a Comment