Friday 10 July 2009

Planetarium Negara


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Planetarium Negara. Planetarium Negara telah dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasa di Planetarium ini.
Terdapat pelbagai perkara yang dipamerkan di Planetrium Negara. Antaranya ialah sistem pergerakan cakerawala, model kapal angkasa dan galaksi. Di perkarangan Planetarium Negara juga terdapat pameran seperti jam matahari Merdeka, replika batu Stonehenge dan replika Balai Cerap Budaya Cina dan India. Di sini juga terdapat panggung berbentuk kubah. Panggung ini memberikan pelbagai maklumat tentang astronomi dan sains melalui tayangan filem serta pertunjukan multimedia dan laser. Tayangan dan pertunjukan ini diadakan tujuh kali sehari. Lawatan ke Planetarium Negara dapat menambahkan pengetahuan tentang angkasa lepas.Ok saya nak menonton tv.

No comments:

Post a Comment