Wednesday 26 October 2011

Bandar raya Osaka

Hai,dan kita berjumpa lagi di dumia hakim.ha,saya ada satu maklumat tentang Bandar Raya Osaka.dengar dan berlajar.

Osaka terletak di Negara Matahari Terbit,Jepun.Dibandar raya ini terdapat pelbagai prasarana moden seperti kemudahan kebajikan,kesihan,perubatan,pendidikan dan sistem pencegahan bencana alam.
     Pebangunan bandar dalam bandar ini diadakan dengan sistematik dan terperinci.Konsep bandar raya sejarah,bandar raya air,bandar raya sukan antarabangsa,bandar raya alam sekitar dan bandar raya ekonomi serta perindustrian telah menjadi ikutan negara lain.Sebagai contohnya,Kota Osaka dan Universal Studio Japan diwujudkan untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke negara itu.
     Pelbagai teknologi terkini diguna pakai di bandar raya ini.Teknologi pengurusan alam sekitar dan pembetungan,pelabuhan,pengangkutan,pengurusan sumber air dan teknologi pembandaran yang lain adalah antara teknologi yang telah dibangunkan.Semuanya diwujudkan untuk melicinkan proses pengurusan yang suatu masa dahulu banyak mendatangkan masalah di situ.
     Pusat penyelidikan juga banyak ditubuhkan di Osaka.Antaranya termasuklah Osaka Biaoscience Institute yang ditubuhkan untuk menkaji bidang biologi molekul dan genetik.Selain itu,terdapat juga pusat penyelidikan untuk meningkatkan taraf alam sekitar dan mengatasi masalah kesihatan Osaka Municipal Technical Institute pula ditubuhkan untuk meningkatkan industri tempatan melalui pembagunan teknikal yang kreatif
     Semakin hari semakin pesat perkebangan teknologi di Osaka.Semua yang dilakukan adalah untuk memastikan keselesaan penduduk supaya sentiasa berada dalam persekitaran yang baik.





Thursday 14 July 2011

BELAJAR DARI CICAK


Hai,sekarang saya dah kembali.Sekarang saya ada cerita baru!.Adakah sesiapa yang sesiapakah yang takut cicak,saya pernah memegang cicak.Kita boleh pelajari daripada cicak dan saya akan bercerita.Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!

Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:

“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”