Tuesday 28 July 2009

Perlumbaan Go-Kart


Hai,semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal perlumbaan Go-Kart. Sabtu lepas saya pergi ke Taman Perdana, nak tengok perlumbaan Go-Kart. Saya sangat seronok tapi lambat sangat nak mula. Ketika menungu perlumbaan Go-Kart saya berjalan dengan keluarga saya tengok permainan tembak-tembak di dalam jaring. Saya pun jalan lagi, saya pun ternampak kereta Go-Kart. Saya tak pernah menaikinya. Saya nampak Go-Kart dah mula. Tiga orang yang sedang berlumba. Saya pun tak seronok tapi saya pandang belakang saya terkejut sebab saya nampak banyak Go-Kart. Saya sangat seronok. Saya pun berlari-lari. Saya tengok banyak corak-corak Go-Kart ada corak api,batu dan sebagainya. Dan perlumbaan itu pun bermula, saya menutup telinga sebab bunyi Go-Kart yang sangat kuat . Saya ternampak Go-Kart terhempas di tayar yang banyak di tepi lorong. Tapi orang itu memakai tali pingang keselamatan. Saya tengok dia punya Go-Kart rosak. Saya tengok banyak Go-Kart berlumba dengan laju. Saya nak rakam gambar tetapi Go-Kart sangat laju, saya pun tengok saja. Saya pun tak jadi nak rakam gambar. Saya pun pulang. Ok saya nak berehat sekarang, bye!

Friday 17 July 2009

Bagaimana Dragonfly membesar?


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal bagaimana dragonfly membesar. Hari ini saya akan tulis dalam bahasa Inggeris. Firstly, Dragonfly nymphs are fierce hunters, attacking anything that moves. Secondly, when a nymph is ready to turn into an adult, it crawls out of the water on to a reed. Its skin splits open, and a dragonfly crawls out. And lastly colourful adult dragonflies dart backwards above the water, their gauzy wings flashing in the sunlight.Ok saya nak main luar dulu!

Friday 10 July 2009

Satelit


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal satelit. Satelit bumi yang pertama di Malaysia mula digunakan pada bulan April 1970. Satelit ini terletak di Kuatan, Pahang. Satelit ini memboleh rakyat Malaysia membuat panggilan ke seberang laut. Buat kali pertama, rakyat Malaysia dapat memyaksikan secara langsung acara-acara seperti pertandingan badminton Piala Thomas dan bola sepak Piala Dunia melalui salelit ini. Measat pula merupakan satelit Negara kita yang telah dilancarkan pada bulan Januari 1996. Measat 1 telah dilancarkan pada bulan Januari 1996. Measat 2 pula telah dilancarkan pada bulan November 1996. Pelancaran satelit ini telah disaksikan oleh rakyat Malaysia melalui televisyen. Measat 1 dan Measat 2 dicipta khusus untuk menyediakan perkhidmatan siaran dan perhubungan. Measat 2 mempunyai liputan satelit yang lebih meluas sehingga ke timur Australia dan Hawaii. Satelit mikro yang pertama di Malaysia dibina oleh sekumpulan enam orang jurutera dan dua orang pensyarah. Pembinaannya diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zainal Abidin Abdul Rashid dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Satelit ini dibina pada bulan Julai 1997. Satelit ini dinamakan TiungSAT-1. Ok saya nak berehat dahulu.


Planetarium Negara


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Planetarium Negara. Planetarium Negara telah dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasa di Planetarium ini.
Terdapat pelbagai perkara yang dipamerkan di Planetrium Negara. Antaranya ialah sistem pergerakan cakerawala, model kapal angkasa dan galaksi. Di perkarangan Planetarium Negara juga terdapat pameran seperti jam matahari Merdeka, replika batu Stonehenge dan replika Balai Cerap Budaya Cina dan India. Di sini juga terdapat panggung berbentuk kubah. Panggung ini memberikan pelbagai maklumat tentang astronomi dan sains melalui tayangan filem serta pertunjukan multimedia dan laser. Tayangan dan pertunjukan ini diadakan tujuh kali sehari. Lawatan ke Planetarium Negara dapat menambahkan pengetahuan tentang angkasa lepas.Ok saya nak menonton tv.

Wednesday 8 July 2009

Menara berkembar Petronas


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal menara Petronas. Menara berkembar petronas di kuala Lumpur direka bentuk oleh Cesar Pelli. Reka bentuknya berdasarkan bentuk geometri Islam. Bangunan 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter ini dibuat daripada konkrit, besi dan kaca. Terdapat sebuah jambatan yang dinamakan skybridge menghubungkan kedua-dua menara ini. Menara berkembar ini juga dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak. Di dalam menara ini juga, terdapat pejabat, pusat beli-belah, Dewan Filharmonik dan Petrosains. Dewan Filharmonik dibina khusus untuk persembahan muzik klasik. Petrosains pula ialah pusat sains interaktif tentang industri petroleum negara. Pada waktu malam, menara berkembar yang tertinggi di dunia ini bergemerlapan disinari lampu-lampu neon. Kawasan rekreasi menara ini sering menjadi tumpuan pengunjung, terutamanya pada hujung minggu. Menara berkembar Petronas merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan saya dan rakyat Malaysia.

Saturday 4 July 2009

Adik yang ku sayang


Hai, semua! Saya nak cakap pasal adik yang saya sayang, nama dia Ammar. Tapi dia ini nakal dan suka buli adik . Bila Ammar main luar dia suka naik basikal. Adik saya kayuh tak laju, saya pun kesian pada Ammar. Saya pun ambil baju dan pergi pada Ammar, saya pun tolong tolak basikal dia. Adik saya gembira sebab saya tolak basikal dia. Saya suka main ultraman lawan raksasa dengan Ammar. Adik saya cakap dia jadi ultraman , saya jadi raksasa. Saya pun buat lemah dan saya elak dengan berlari.Saya tengok komputer , adik saya pun nak tengok komputer. Kami berkongsi komputer. Kami pun tak gaduh lagi. Ok lah, saya nak mandi.

Friday 3 July 2009

Cikgu Razali sangat garang!

Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Cikgu Razali . Semua orang takut pada Cikgu Razali. Dekat makmal semua orang bising tapi bila Cikgu Razali masuk semua diam dengan cepat. Dekat perhimpunan guru bagi ucapan semua orang bising, kalau Cikgu Razali semua diam. Tiada siapa nak tegur Cikgu Razali. Pada hari guru, saya nak bagi kad kepada Cikgu Razali. Kawan saya cakap jangan sebab Cikgu Razali garang. Saya tak pedulikan kawan saya. Pergi ke makmal cari Cikgu Razali . Saya sangat takut pada Cikgu Razali. Saya pun buka pintu, saya nampak Cikgu Razali. Saya pun bagi cikgu Razali kad. Dia tak marah. Dia cakap terima kasih. Saya pun tersenyum pada Cikgu Razali. Saya pun tak takut lagi kepada Cikgu Razali. Ok saya nak mandi dulu.