Wednesday 26 October 2011

Bandar raya Osaka

Hai,dan kita berjumpa lagi di dumia hakim.ha,saya ada satu maklumat tentang Bandar Raya Osaka.dengar dan berlajar.

Osaka terletak di Negara Matahari Terbit,Jepun.Dibandar raya ini terdapat pelbagai prasarana moden seperti kemudahan kebajikan,kesihan,perubatan,pendidikan dan sistem pencegahan bencana alam.
     Pebangunan bandar dalam bandar ini diadakan dengan sistematik dan terperinci.Konsep bandar raya sejarah,bandar raya air,bandar raya sukan antarabangsa,bandar raya alam sekitar dan bandar raya ekonomi serta perindustrian telah menjadi ikutan negara lain.Sebagai contohnya,Kota Osaka dan Universal Studio Japan diwujudkan untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke negara itu.
     Pelbagai teknologi terkini diguna pakai di bandar raya ini.Teknologi pengurusan alam sekitar dan pembetungan,pelabuhan,pengangkutan,pengurusan sumber air dan teknologi pembandaran yang lain adalah antara teknologi yang telah dibangunkan.Semuanya diwujudkan untuk melicinkan proses pengurusan yang suatu masa dahulu banyak mendatangkan masalah di situ.
     Pusat penyelidikan juga banyak ditubuhkan di Osaka.Antaranya termasuklah Osaka Biaoscience Institute yang ditubuhkan untuk menkaji bidang biologi molekul dan genetik.Selain itu,terdapat juga pusat penyelidikan untuk meningkatkan taraf alam sekitar dan mengatasi masalah kesihatan Osaka Municipal Technical Institute pula ditubuhkan untuk meningkatkan industri tempatan melalui pembagunan teknikal yang kreatif
     Semakin hari semakin pesat perkebangan teknologi di Osaka.Semua yang dilakukan adalah untuk memastikan keselesaan penduduk supaya sentiasa berada dalam persekitaran yang baik.





No comments:

Post a Comment