Friday, 10 July 2009

Planetarium Negara


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Planetarium Negara. Planetarium Negara telah dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasa di Planetarium ini.
Terdapat pelbagai perkara yang dipamerkan di Planetrium Negara. Antaranya ialah sistem pergerakan cakerawala, model kapal angkasa dan galaksi. Di perkarangan Planetarium Negara juga terdapat pameran seperti jam matahari Merdeka, replika batu Stonehenge dan replika Balai Cerap Budaya Cina dan India. Di sini juga terdapat panggung berbentuk kubah. Panggung ini memberikan pelbagai maklumat tentang astronomi dan sains melalui tayangan filem serta pertunjukan multimedia dan laser. Tayangan dan pertunjukan ini diadakan tujuh kali sehari. Lawatan ke Planetarium Negara dapat menambahkan pengetahuan tentang angkasa lepas.Ok saya nak menonton tv.

Wednesday, 8 July 2009

Menara berkembar Petronas


Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal menara Petronas. Menara berkembar petronas di kuala Lumpur direka bentuk oleh Cesar Pelli. Reka bentuknya berdasarkan bentuk geometri Islam. Bangunan 88 tingkat dengan ketinggian 452 meter ini dibuat daripada konkrit, besi dan kaca. Terdapat sebuah jambatan yang dinamakan skybridge menghubungkan kedua-dua menara ini. Menara berkembar ini juga dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak. Di dalam menara ini juga, terdapat pejabat, pusat beli-belah, Dewan Filharmonik dan Petrosains. Dewan Filharmonik dibina khusus untuk persembahan muzik klasik. Petrosains pula ialah pusat sains interaktif tentang industri petroleum negara. Pada waktu malam, menara berkembar yang tertinggi di dunia ini bergemerlapan disinari lampu-lampu neon. Kawasan rekreasi menara ini sering menjadi tumpuan pengunjung, terutamanya pada hujung minggu. Menara berkembar Petronas merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan saya dan rakyat Malaysia.

Saturday, 4 July 2009

Adik yang ku sayang


Hai, semua! Saya nak cakap pasal adik yang saya sayang, nama dia Ammar. Tapi dia ini nakal dan suka buli adik . Bila Ammar main luar dia suka naik basikal. Adik saya kayuh tak laju, saya pun kesian pada Ammar. Saya pun ambil baju dan pergi pada Ammar, saya pun tolong tolak basikal dia. Adik saya gembira sebab saya tolak basikal dia. Saya suka main ultraman lawan raksasa dengan Ammar. Adik saya cakap dia jadi ultraman , saya jadi raksasa. Saya pun buat lemah dan saya elak dengan berlari.Saya tengok komputer , adik saya pun nak tengok komputer. Kami berkongsi komputer. Kami pun tak gaduh lagi. Ok lah, saya nak mandi.

Friday, 3 July 2009

Cikgu Razali sangat garang!

Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Cikgu Razali . Semua orang takut pada Cikgu Razali. Dekat makmal semua orang bising tapi bila Cikgu Razali masuk semua diam dengan cepat. Dekat perhimpunan guru bagi ucapan semua orang bising, kalau Cikgu Razali semua diam. Tiada siapa nak tegur Cikgu Razali. Pada hari guru, saya nak bagi kad kepada Cikgu Razali. Kawan saya cakap jangan sebab Cikgu Razali garang. Saya tak pedulikan kawan saya. Pergi ke makmal cari Cikgu Razali . Saya sangat takut pada Cikgu Razali. Saya pun buka pintu, saya nampak Cikgu Razali. Saya pun bagi cikgu Razali kad. Dia tak marah. Dia cakap terima kasih. Saya pun tersenyum pada Cikgu Razali. Saya pun tak takut lagi kepada Cikgu Razali. Ok saya nak mandi dulu.

Tuesday, 30 June 2009

Pantai !!!!!


Hai,semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal pantai. Pantai ini sangat seronok! Bila saya pergi pantai, saya asyik seronok nak mandi. Saya pun buka baju dengan cepat dan terjun ke dalam air. Abang saya pandai berenang. Saya berenang macam sotong, abang saya pula berenang macam ikan jerung. Sampai 6.45 petang ibu dan ayah panggil kami balik. Saya dan abang basuh kaki dan tangan. Sampai ke kereta saya pun basuh kaki lagi sekali. Saya pakai baju dan seluar dan saya pun balik.Ok setakat itu lah saja.

Saturday, 27 June 2009

Marah je....


Hai,semua! Hari ini saya nak cakap pasal rumah saya. Dekat rumah, saya asyik kena marah sahaja. Balik sekolah kena marah juga. Abang saya pun marah juga. Selepas itu saya merajuk. Selepas itu keluarga saya buat saya gembira. Keluarga saya pergi mydin . Selepas itu marah lagi saya merajuk. Lepas saya balik dengan abang, abang saya pula yang kena marah. Esok lagi, saya kena rotan sebab tak solat. Saya pun tahan menangis dan terus ke bilik. Ha, abang saya tak kena marah sebab saya kacau abang saya. Dia tak marah sebab ibu ada. Lepas ibu dah pergi, abang saya marah kepada saya.Ok, dah lah tu . Saya nak berehat.

Kelab taekwondo koryo


Hai,semua! Hari ini saya nak cerita pasal saya punya taekwondo koryo. Hari Ahad ialah hari latihan taekwondo. Jurulatih taekwondo suruh saya bersenam dulu. Senaman ini amat sukar bagi saya tapi jurulatih saya buat, senang sahaja. Selepas itu saya kena lari pecut, selepas itu lompat katak dan selepas itu kena baring dan bangun cepat-cepat. Selepas itu semua orang rehat 2 minit.Kemudian baru berlajar mempertahankan diri. Selepas itu berehat sekejap. Selepas itu berlajar menumbuk dan selepas itu saya balik.Ok, tangan saya dah nak patah. Nanti saya cerita lagi.