Hai!,lama tak jumpa.Ha!,hari ini saya nak ceritakan pasal rumah baru.Ha!,dalam yang sangat besar dan ada empat bilik.tapi tandas dan bilik air tak stabil.Tapi dapur besar juga.Saya juga ada tempat letak kereta,boleh letak dua kereta.Tapi ayah saya letak satu kereta sahaja dan sebelah yang letak motor dua dan basikal dua. saya sangat gembira dan harga yang RM300.Ok saya pergi dulu bye!......
Showing posts with label pasal saya. Show all posts
Showing posts with label pasal saya. Show all posts
Friday, 3 September 2010
Sunday, 28 February 2010
Cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w Yang Seronok Di KL.
Hai, semua! Hari ini saya akan menceritakan cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w di KL. Masa itu saya dan keluarga bertolak pada pukul 8.30 pagi. Pada hari Sabtu pagi kami pergi mandi di KLCC. Pada pukul 6.30 petang kami pergi ke Giant di Kota Damansara. Di sana kami masuk kedai Pets, main game kat tingkat atas dan sebelum balik kami singgah makan Chicken Chops di restoran. Pagi - pagi Ahad kami pulang ke Karak. Tamat.
Saturday, 4 July 2009
Adik yang ku sayang
Hai, semua! Saya nak cakap pasal adik yang saya sayang, nama dia Ammar. Tapi dia ini nakal dan suka buli adik . Bila Ammar main luar dia suka naik basikal. Adik saya kayuh tak laju, saya pun kesian pada Ammar. Saya pun ambil baju dan pergi pada Ammar, saya pun tolong tolak basikal dia. Adik saya gembira sebab saya tolak basikal dia. Saya suka main ultraman lawan raksasa dengan Ammar. Adik saya cakap dia jadi ultraman , saya jadi raksasa. Saya pun buat lemah dan saya elak dengan berlari.Saya tengok komputer , adik saya pun nak tengok komputer. Kami berkongsi komputer. Kami pun tak gaduh lagi. Ok lah, saya nak mandi.
Friday, 3 July 2009
Cikgu Razali sangat garang!
Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal Cikgu Razali . Semua orang takut pada Cikgu Razali. Dekat makmal semua orang bising tapi bila Cikgu Razali masuk semua diam dengan cepat. Dekat perhimpunan guru bagi ucapan semua orang bising, kalau Cikgu Razali semua diam. Tiada siapa nak tegur Cikgu Razali. Pada hari guru, saya nak bagi kad kepada Cikgu Razali. Kawan saya cakap jangan sebab Cikgu Razali garang. Saya tak pedulikan kawan saya. Pergi ke makmal cari Cikgu Razali . Saya sangat takut pada Cikgu Razali. Saya pun buka pintu, saya nampak Cikgu Razali. Saya pun bagi cikgu Razali kad. Dia tak marah. Dia cakap terima kasih. Saya pun tersenyum pada Cikgu Razali. Saya pun tak takut lagi kepada Cikgu Razali. Ok saya nak mandi dulu.
Tuesday, 30 June 2009
Pantai !!!!!
Hai,semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal pantai. Pantai ini sangat seronok! Bila saya pergi pantai, saya asyik seronok nak mandi. Saya pun buka baju dengan cepat dan terjun ke dalam air. Abang saya pandai berenang. Saya berenang macam sotong, abang saya pula berenang macam ikan jerung. Sampai 6.45 petang ibu dan ayah panggil kami balik. Saya dan abang basuh kaki dan tangan. Sampai ke kereta saya pun basuh kaki lagi sekali. Saya pakai baju dan seluar dan saya pun balik.Ok setakat itu lah saja.
Saturday, 27 June 2009
Marah je....

Hai,semua! Hari ini saya nak cakap pasal rumah saya. Dekat rumah, saya asyik kena marah sahaja. Balik sekolah kena marah juga. Abang saya pun marah juga. Selepas itu saya merajuk. Selepas itu keluarga saya buat saya gembira. Keluarga saya pergi mydin . Selepas itu marah lagi saya merajuk. Lepas saya balik dengan abang, abang saya pula yang kena marah. Esok lagi, saya kena rotan sebab tak solat. Saya pun tahan menangis dan terus ke bilik. Ha, abang saya tak kena marah sebab saya kacau abang saya. Dia tak marah sebab ibu ada. Lepas ibu dah pergi, abang saya marah kepada saya.Ok, dah lah tu . Saya nak berehat.
Kelab taekwondo koryo

Hai,semua! Hari ini saya nak cerita pasal saya punya taekwondo koryo. Hari Ahad ialah hari latihan taekwondo. Jurulatih taekwondo suruh saya bersenam dulu. Senaman ini amat sukar bagi saya tapi jurulatih saya buat, senang sahaja. Selepas itu saya kena lari pecut, selepas itu lompat katak dan selepas itu kena baring dan bangun cepat-cepat. Selepas itu semua orang rehat 2 minit.Kemudian baru berlajar mempertahankan diri. Selepas itu berehat sekejap. Selepas itu berlajar menumbuk dan selepas itu saya balik.Ok, tangan saya dah nak patah. Nanti saya cerita lagi.
Thursday, 25 June 2009
Main bola

Hai, semua! Hari ini saya nak cerita pasal permainaan bola sepak. Saya suka main bola.Pasukan saya sikit tapi saya lawan dengan pasukan yang ramai.Kami menang juga. Kami berjaya masukkan 20 gol. Mereka 10 sahaja. Saya masukkan 2 gol. Abang saya pun 2 gol.kawan saya Firdaus masukan 5 gol. Selepas itu semua orang bosan bermain bola.Saya, abang dan kawan-kawan main penalti.Ok, dahlah tu.Saya nak sembang-sembang dengan Hadi.
Thursday, 18 June 2009
Sekolah saya!

Hai, semua! Hari ini saya nak ceritakan pasal sekolah. Sekolah saya memang teruk! Dekat perhimpunan kaki saya macam nak patah.Dekat kelas pulak asyik bising sahaja .Masa guru ada, kelas pun bising juga. Dekat kantin berebut-rebut nak beli. Saya asyik tersepit. Tapi bulan depan sekolah sangat menceriakan. Dekat perhimpunan guru akan bagi saya duduk sahaja.
Kelas pula diam masa ada guru. Semua membaca.Tapi dekat kantin berebut-rebut lagi.
Ok, dah lah tu.
Kelas pula diam masa ada guru. Semua membaca.Tapi dekat kantin berebut-rebut lagi.
Ok, dah lah tu.
Monday, 15 June 2009
kucing saya

Ha!semua,hari ini saya teringin nak membela kucing tapi saya dah tunggu lama.ibu tak beli lagi sebab saya alahan.Tapi saya boleh memberi nama ialah lini.Saya nak kucing berwana oreng dan saya nak pula kucing saya kecil.Saya boleh bermain dengan kucing saya dan mandikan yang dan saya boleh memberi makananya.Ok dah lah tu
Sunday, 14 June 2009
hantu!

Saya dah takut hantu asyik tengok cerita hantu sahaja.Masa tidur saya sangat takut. Abang saya dah tidur.Saya masih takut dah 20 minit saya tidur.Selepas bangun saya tidur lagi saya mandi pun takut.Selepas itu lampu terpadam saya yang pun lari cepat keluar. abang masih dalam abang saya pun takut saya kena masuk ke dalam.Saya terus mencari abang lepas tu lampu pun dah buka abang saya di dalam bilik mandi.Tapi saya dah tak takut saya pun terus gembira.Ok saya nak mandi.
Friday, 12 June 2009
Kura-kura saya
Saya ada dua kura-kura. Saya namakan upin dan lagi satu ipin.Kura-kura suka makan. Saya asyik asyik kena basuh je rumah dia dan beri dia makan.Lepas 5 bulan ia membesar dengan cepat. Rumah dia dah jadi sempit. Saya dan ayah berbincang. Ayah nak lepaskan kura-kura di tasik. Kura-kura sangat gembira sebab ia akan bebas di tasik dan saya harap kura-kura saya hidup dengan gembira. Itu sahaja.
Thursday, 11 June 2009
Diri saya
Nama saya Abd.Hakim. Umur saya 9 tahun. Saya bersekolah di sekolah Kebangsaan Peramu Jaya. Rumah saya di Taman Mentiga jaya lorong 16.
Saya ada dua adik nama ialah Ammar, dan Ihsan dan saya ada abang nama ialah Afiq.Saya suka bintang, planet, angkasawan, haiwan.
Cita-cita saya ialah angkasawan. Saya suka main ps2, computer games Saya ada membela kura-kura tapi saya dah lepaskan di tasik.Hobi saya main badminton.Ok dahlah tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)